Tuesday 9 November 2021

Pengenalan

 


 Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti . Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia . Daripada keseluruhan bangsa tersebut , terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu , Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848,  majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.

 

     Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.

 

     Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

 

     Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa


1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik dan terbaik. Goodjob dan banyak ilmu yang diberikan

    ReplyDelete

Kesimpulan

  KESIMPULAN Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah menyebabkan  pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. ...